Kelly Tan juara Cabaran Golf TSM
admin2020-03-04T07:19:20+00:00SHAH ALAM - Pemain Johor, Kelly Tan mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut dalam kategori wanita bawah 21 tahun pada Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) di Glenmarie Golf & Country Club di sini, semalam. Muhyiddin Yassin bersama pemenang Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM), Mohd. Wafiyuddin Abd. Manaf (kiri) dan Kelly Tan selepas majlis penyampaian hadiah di Kelab Golf Glenmarie Shah Alam, semalam. - Utusan/Saharuddin Abdullah Kelly, yang merupakan juara berganda sebelum ini menundukkan 11 peserta lain pada hari terakhir cabaran selepas mencatat keseluruhan 201 pukulan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi. Kelly turut [...]